Rabu, 29 Mei 2013

bot ekspres Kawan Mas karam berhampiran Tanjong Giam Bungan, di Sungai Belaga

Muat 74, bawa 200?  apa cita ni...

Belaga: “Saya terdengar bunyi kuat dan bot yang dinaiki bergegar. Ketika itu saya terdengar jeritan penumpang yang mengarahkan supaya terjun menyelamatkan diri,” kata Jok Ngau, 30, mangsa bot ekspres Kawan Mas karam berhampiran Tanjong Giam Bungan, di Sungai Belaga sini, semalam.Menurutnya, bot ekspres yang dinaiki itu baru sejam berlepas dari jeti Belaga dan terbalik sebaik tiba di satu selekoh.

“Bot berlepas dari Bakun jam 7 pagi dan ketika itu, semua penumpang berebut untuk menaiki bot berkenaan kerana tidak mahu menunggu perkhidmatan seterusnya.

“Walaupun tempat dalam bot sudah penuh, penumpang berdegil dan sanggup duduk di tepi serta atas bot. Kami berhenti untuk menurunkan penumpang di Belaga dan meneruskan perjalanan ke Kapit,” katanya.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Muat74_bawa200//Article

Tiada ulasan: