Rabu, 29 Mei 2013

Alamak, mulut berbau!!!! (Halitosis)

Terbaca satu artikal dalam dwn masyarakt ni...kes mulut berbau...punca mulut berbau ni disebabkan oleh bakteria, kekurangan air liur, perubahan hormon, pengambilan ubat yang tidak teratur bg pesakit kencing manis, amalan berdiet serta makanan yang mengandungi sulfur.

Bakteria
Hingus likat yang terhasil ketika selesema atau ketika alahan, pengambilan ubat-ubatan dan perubahan hormon akan melelah ke bahagian belakang lidah atau di tonsel dan menempel disitu yang kemudiannya menjadi tempat persembunyian strategik bakteria.

Gusi dan Tulang Gigi
Tulang gigi akan menurun dan menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. keadaan ini akan menyebabkan bakteria anaerob membiak di dalam poket gusi tersebut.

Kurang Air Liur
kekurangan air liur menyebabkan mulut kering menyumbang kepada mulut berbau. fungsi air liur aialh sebagai bahan pembilas semulajadi dan secara tidak langsung membersih dan membuang cebisan2 kecil makanan dr permukaan gigi.

Hormon
perubahan hormon yang berlaku sebelum haid atau semasa haid bukan sahaja menyebabkan perubahan emosi tetapi juga memberi kesan negatif kepada bau nafas. 

Amalan Diet
Kekurangan amalan mengumyah makanan akan menyebabkan air liur kurang dirembeskan dan menyebabkan nafas berbau.

Tiada ulasan: