Rabu, 29 Mei 2013

vitagen home delivery

Salam...
Pg ni dapat call dr Miss Jeny..kira kwn baik gak la skrg ni...kes nya aku dh jd ahli vitagen home delivery...so esk lori akan masuk uum dan aku pon halo2 la kwn2 yang nk oder...senang jer keja aku..ambik oder pas tu msg Miss Jeny dan dia akan hantar esk 30/5/2013...mudah kan...ank2 aku suka sgt minum vitagen ni..klu beli kat C'mart harga dia mahal ckit..klu beli kat Miss Jeny ni sepapan (5botol) dia joi RM4.00..klu 3 papan (15botol) RM11.50...ok la tu jimat ckit2...apa pon ari ni keja aku mik oder byk2...sapa nk oder blh la oder dgn aku..tapi dalam uum ni jer la yer...daaa


Alamak, mulut berbau!!!! (Halitosis)

Terbaca satu artikal dalam dwn masyarakt ni...kes mulut berbau...punca mulut berbau ni disebabkan oleh bakteria, kekurangan air liur, perubahan hormon, pengambilan ubat yang tidak teratur bg pesakit kencing manis, amalan berdiet serta makanan yang mengandungi sulfur.

Bakteria
Hingus likat yang terhasil ketika selesema atau ketika alahan, pengambilan ubat-ubatan dan perubahan hormon akan melelah ke bahagian belakang lidah atau di tonsel dan menempel disitu yang kemudiannya menjadi tempat persembunyian strategik bakteria.

Gusi dan Tulang Gigi
Tulang gigi akan menurun dan menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. keadaan ini akan menyebabkan bakteria anaerob membiak di dalam poket gusi tersebut.

Kurang Air Liur
kekurangan air liur menyebabkan mulut kering menyumbang kepada mulut berbau. fungsi air liur aialh sebagai bahan pembilas semulajadi dan secara tidak langsung membersih dan membuang cebisan2 kecil makanan dr permukaan gigi.

Hormon
perubahan hormon yang berlaku sebelum haid atau semasa haid bukan sahaja menyebabkan perubahan emosi tetapi juga memberi kesan negatif kepada bau nafas. 

Amalan Diet
Kekurangan amalan mengumyah makanan akan menyebabkan air liur kurang dirembeskan dan menyebabkan nafas berbau.

Bayi dalam paip di China

Kesian la plk....
Jinhua: Seorang bayi baru lahir diselamatkan anggota bomba selepas dia dibuang tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China. Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis. Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran. Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu. Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayidalampaipdiselamat/Article/index_html

bot ekspres Kawan Mas karam berhampiran Tanjong Giam Bungan, di Sungai Belaga

Muat 74, bawa 200?  apa cita ni...

Belaga: “Saya terdengar bunyi kuat dan bot yang dinaiki bergegar. Ketika itu saya terdengar jeritan penumpang yang mengarahkan supaya terjun menyelamatkan diri,” kata Jok Ngau, 30, mangsa bot ekspres Kawan Mas karam berhampiran Tanjong Giam Bungan, di Sungai Belaga sini, semalam.Menurutnya, bot ekspres yang dinaiki itu baru sejam berlepas dari jeti Belaga dan terbalik sebaik tiba di satu selekoh.

“Bot berlepas dari Bakun jam 7 pagi dan ketika itu, semua penumpang berebut untuk menaiki bot berkenaan kerana tidak mahu menunggu perkhidmatan seterusnya.

“Walaupun tempat dalam bot sudah penuh, penumpang berdegil dan sanggup duduk di tepi serta atas bot. Kami berhenti untuk menurunkan penumpang di Belaga dan meneruskan perjalanan ke Kapit,” katanya.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Muat74_bawa200//Article

Isnin, 27 Mei 2013

Kulit oh kulit

Salam...cita pasal kulit, aku ni ada prob kulit kering smpai melupas2. klu letak pelembap ok la sat...letak plk bedak myami terus 6pak tompok2 kt muka..tapi aku ni jenis ok jer redah yg mana dan, kata nk melawa sgt tu x dk la...kira kampong girl gak la... tapi tahun ni msk umur ku 30tahun so kena ada perubahan gak la ckit2. Oleh kerana kulit ku yg telah lama terbiar itu aku pon nk gak la buat ckit2 make over kt muka. Dalam dok mencari2 produk apa yg sesuai aku ditarik oleh sorang amoi kt The Stor perlis...gosok punya gosok aku pon termakan dengan pujuk rayu amaoi comey tu...kopak duit aku Nutox punya hal..tapi harap2 menjadi la mcm fazura...hehehhehe...baru guna 1 hari dah rasa mcm ada perubahan...kulit lembut la ckit, melupas pon x 6pak sgt...apa pon tunggu tgok pic lah yerrr...daaaaa

 

Sony xperia J

hi...hati berbunga2 dapat gak tukar hp baru, hp lama galaxy y ada masalah pengdengaran..sbb selalu sangat jatuh..kesnya si kakak ngan si adk berebut nk main game..last2 jatuh la galaxy y tu...so hasil daripada himpun duit ckit2 dapat gak aku beli hp sony idaman hati. aku adalah salah seorang peminat sony salah satu sbbnya aku gila mik gambar ank2 aku...heheh


tetiba teringin nak menulis

salam...

mcm best ja tgok dan baca blog kwn2..tapi dh lama aku tinggalkan benda ni atas sebab2 yang aku sendiri x pasti...apa pon aku akan cuba buat sekali lagi, dan blh berbicara di sini buat kali ke-2. kesemua memori ku disini telah ku delete dan tiada sakibaki lagi untuk ku baca..yang lepas biarlah berlalu, yang akan datang akan ku tempuhi. masa berlalu begitu cepat dan tanpa aku sedari putra putri ku sudah besar..aku pon dh abis study. apa2 pon aku akan terus berusahan untuk kebahagian diri dan ank2 ku bersama suami tercinta.